.

Sejarah Ulu Kimanis

Ulu Kimanis, Papar merupakan sebuah perkampungan masyarakat Kadazandusun yang berasal daripada daerah Tambunan. Pembukaan kebun getah oleh masyarakat Kadazandusun daripada Kg. Langsat, Kg. Kelatuan dan Kg. Langkawit telah mengubah Ulu Kimanis, Papar sebagai tempat untuk mencari rezeki. Keindahan semulajadi dan sungai yang jernih semakin diminati ramai oleh pelancong tempatan dan luar negara. Jalanraya yang menghubungkan Papar/Keningau pada mulanya wujud hasil daripada pembalakan oleh syarikat-syarikat balak. Juga diambil kesempatan oleh pembalak-pembalak haram yang tidak serik-serik mencari keuntungan dengan jalan yang mudah. Kesedaran masyarakat Kadazandusun disini, telah mengubah sikap untuk melancarkan sistem TAGAL iaitu pemeliharaan ikan di Sungai Ulu Kimanis.

TERIMA KASIH
Terima kasih kepada En. Ambrose Majiun kerana membenarkan gambar-gambar dimasukkan ke dalam blog ini. Gambar diambil oleh Ambrose Majiun dan Marius Denis.


Welcome To Ulu Kimanis

Welcome To Ulu Kimanis


Ambrose Majiun & Pelancong